Mengenai Blog

Blog ini adalah mengenai kita - warga penuntut Sekolah Menengah Maxwell khusus bagi tahun 1979.

Namun ia tidaklah rigid. Kita sentiasa membuka kepada sahabat kita dari tahun-tahun yang lain yang mahu turut serta dengan perjuangan kita.

Perjuangan kita di usia meniti tahun 50an ini hanyalah mengenai bakti dan kebajikan. Ini adalah kerana jalan kebajikan sahaja yang akan memanjangkan usia persahabatan kita.

Blog ini sudah pasti akan menyingkap masa nakal kita yang lalu, aktiviti sosial kita setelah bertahun-tahun tidak berjumpa dan kita melangkah setapak lagi "mengendahkan" kebajikan semua sahabat yang mahu turut serta memeriahkan silaturrahim - kalau dulu di kalangan kawan, tetapi kali ini di kalangan keluarga pula.

Siapa tahu mungkin di antara kita makbul berbesan - seperti Rosli dan Dr. Zainal. Ketentuan Illahi tukan..

Nilai persahabatan amat penting sehingga ada ketetapan dari beberapa hadis yang mengalakkan persahabatan sejati. Persahabatan sejati, sentiasa mahu menuntut kebaikan di kalangan kita sehingga ke akhirat.

Namun, blog ini akan menjadi sepi sekiranya tidak ada sumbangan penulisan dari ahlinya.

Oleh itu, sekiranya sahabat-sahabat mempunyai artikel menarik yang mahu dikongsikan bersama untuk tatapan sahabat yang lain, update mengenai beberapa pertemuan atau apa sahaja berita yang melibatkan MOB79, silalah hubungi kami di sini - maxwell.oldboys79@gmail.com

Wallahu'alam.