Pada 12 March 2015, telah berlangsung Mesyuarat pertama Badan Kebajikan MOB 79 di Ingress Motors Centre Sdn Bhd. (IMC) di Bandar Bukit Puchong.
IMC diterajui oleh Saudara Azeman yang juga telah sudi menyediakan makanan dan minuman untuk mesyuarat yang julung kali diadakan ini.
Kebetulan Saudara Azeman juga adalah salah seorang ahli jawatankuasa penaja Badan Kebajikan MOB 79.
Agenda Badan Kebajikan MOB 79 amat besar tapi masih lagi bertatih dan mahu memulakan langkah selanjutnya.
Mesyuarat ini adalah langkah kedua setelah mesyuarat sulung perlantikan ahli jawatankuasa penaja yang diadakan sebelum ini di Ampang.
Tetapi ternyata langkah ini makin pantas, kerana Mesyuarat pertama Badan Kebajikan MOB 79 telah mengariskan banyak agenda, pastinya mahukan sokongan ahli-ahlinya.
Anda tentu mahu tahukan apa yang telah hangat dibincangkan pada mesyuarat pertama inikan?
Mari sokong agenda kebajikan untuk Ex-Maxwellian.
Oleh itu saya sarankan ada ke link berikut ini untuk muat turun minit mesyuarat yang pertama ini.
Ini linknya:
Sila beri komen dan pandangan.
Terima kasih daun keladi.
Diunt @ Saharudin Md Yusin


No comments:
Post a Comment