Assalamu'alaikum.
Ada 2 konotasi dari maksud perkataan Sumbang.
Yang negatifnya apabila kesalahan dilakukan yang tak kena dengan adat dan undang-undang Islam seperti berdua-duaan lelaki wanita yang bukan mahram - Itu jelas sumbang.
Yang positif pula apabila kita mahu semua "sumbang" ide, keringat dan wang ringgit.
Maka pilihlah maksud yang kedua.
Sahabat yang dikasihi,
Blog ini boleh diakses dari mana-mana ceruk didunia. Jadi tidak ada alasan lagi kita tidak tahu apa kabar sahabat kita yang dah berpuluh tahun tidak kita temui dan apa lagi agenda kita setelah bertemu.
Rindukan..?
Blog ini akan memberitahu kabar selain medium Facebook & Whatsapp.
Yang cantiknya apabila sahabat kita tidak mempunyai FB atau WA maka blog ini akan menjadi lebih hebat - sentiasa menyampaikan dan memberitahu. MOB kan hebat..? Jadi, harapan kita biar teruskan begitu.
Blog ini adalah nadi...menceritakan babak-babak selepas seketika tidak berjumpa, aktiviti sosial dikalangan kita dan yang paling penting pada usia 5 series ini, kita ambil tahu kebajikan semua orang.
Masih kenal siapa Allen, Bob, Batman, Tapa, Amin Laxamana, Khery, Man Katan, Zainal Negro dan ramai lagi?
Mereka semua penuntut nakal tahun 79 yang pernah mengemparkan dunia satu ketika dulu.
Tetapi hari ini, kita sudah terlebih dewasa - menunggu masa. Tetapi janganlah dibiar ia pergi sepi tanpa berita.
So, marilah menyumbang persahabatan, keakraban, ide dan kebajikan.
Jadilah yang terbaik dikalangan insan hebat dikalangan kita.
Sumbangan Anda Sahabat Amat Diperlukan.
Wallahu'alam.
Saya Yang Membuka Bicara
Saharudin Md Yusin @ Diunt
5 Commerce 1
No comments:
Post a Comment